Sebanyak lima negeri terjejas banjir telah mencapai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas banjir.

Lima negeri berkenaan adalah Kelantan, Melaka, Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara di Pahang agihan mencapai 65.5 peratus, Negeri Sembilan (82.7 peratus) dan Selangor (47.6 peratus).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam tempoh 10 hari iaitu sejak 27 Disember hingga semalam, secara keseluruhan, seramai 28,258 KIR  telah menerima BWI.

Beliau turut memaklumkan, 38 daripada 51 keluarga mangsa yang terkorban juga telah menerima BWI Pengurusan Kematian.

Agihan bagi penduduk terjejas banjir gelombang pertama dijangka selesai pada 5 Januari ini.

Sejak hari pertama pengagihan BWI, penyelarasan dibuat dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat-pejabat daerah terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini