Protes anti-junta bertukar tragedi apabila 5 orang terbunuh digelek lori tentera.

Insiden itu berlaku di Bandar Yangon, Myanmar.

Sebelum kejadian, kumpulan protes berarak memegang sepanduk sambil melaung desakan agar Aung San Suu Kyi dibebaskan.

Dalam rakaman video tersebut, kelihatan peserta perarakan itu berlari menyelamatkan diri apabila mendapati sebuah lori tentera bertindak melanggar mereka.

Salah seorang saksi di lokasi berkata, aset tentera itu mendekati kumpulan berkenaan dari belakang dan tiba-tiba meningkatkan kelajuan dan terus menerpa ke arah mereka.

Sehingga kini, Kementerian Pertahanan negara itu berdiam diri, dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini