Padah menunggang motosikal dengan aksi berbahaya, lima remaja lelaki ditahan polis. Mereka antara 50 individu yang ditahan dalam OP Samseng Jalanan, sekitar Kuala Terengganu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, 33 motosikal dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut, manakala lima lagi disita.

Secara keseluruhan, 93 saman dikeluarkan dalam operasi berkenaan. Operasi tertumpu di jalan pintasan Pulau Sekati-Manir dan Kampung Tok Adis, Durian Burong, Kampung Bukit Bayas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini