Di Nigeria, lebih 50 terbunuh, manakala ramai lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah gereja tempatan di bandar Owo.

Turut terkorban, wanita dan kanak-kanak. Menurut media tempatan, sekumpulan penyerang menceroboh Gereja Katolik St. Francis dan melepas tembakan rambang.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ramai yang cedera parah. Penyerang telah melarikan diri dan kejadian sedang disiasat pihak berkuasa.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari mengutuk serangan itu yang disifatkan sebagai sesuatu yang cukup keji.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini