Lebih 50 rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan selamat.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata butiran terperinci akan dikeluarkan Wisma Putra, Esok.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang masih berada di Negara berkenaan untuk sentiasa berhubung dengan Pihak Kedutaan mengenai situasi semasa mereka.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan banjir berupa bakul makanan serta kelengkapan asas kepada wakil penerima di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.

Pergolakan melanda Kazakhstan selepas ribuan rakyat mengadakan tunjuk
perasaan membantah kenaikan harga bahan api di negara itu.

Malah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa supaya keganasan dihentikan dan turut bersedih di atas puluhan orang yang terkorban serta kerosakan harta benda.

Perintah darurat telah diisytiharkan di Almaty dan wilayah Mangystau yang kaya dengan minyak demi menjamin keselamatan awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini