50 remaja perempuan Pondok Fi Dzilalil Quran, Kota Belud menjadi kumpulan pertama di Sabah menerima manfaat Kit SERI (Social Empowerment of Reproductive Health Initiative).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata agihan Kit SERI dilaksanakan dengan matlamat mengatasi kemiskinan haid kalangan wanita, seperti yang dibentang dalam Bajet 2022.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kit SERI di Kg. Tamau Kota Belud.

Kesemua penerima kit turut diberi taklimat Penjagaan Kebersihan Diri bertajuk “Kekal Positif Dengan Pengurusan Haid Berkesan” yang disampaikan Pegawai Perubatan Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr. Wan Hilya Munira Mustapha. Kesemua penerima yang layak merupakan golongan keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini