50 warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Zon Utara, semalam.

23 daripadanya merupakan warga kerja Jabatan Penyiaran.

Menurut Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Mohammad Mentek, majlis tersebut julung kali diadakan mengikut zon memandangkan ramai penerima yang tidak dapat hadir ekoran sekatan rentas negeri semasa APC Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 2 April lalu. 

Beliau juga dalam masa sama menjelaskan aspek penyampaian maklumat dan manfaat secara berterusan kepada rakyat menjadi keutamaan kementerian itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini