Masuk hari ketujuh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Moscow dilihat membayar harga yang mahal susulan tindakannya itu apabila hampir 500 tenteranya dilaporkan terbunuh sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan pencerobohan di negara itu minggu lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, seramai 498 anggota tentera Rusia terbunuh di perbatasan.

Bagaimanapun, Ukraine mendakwa angka korban tentera Rusia adalah jauh lebih tinggi. Sebelum ini, Moscow mengaku terdapat angka korban dalam kalangan tentera Rusia, namun tidak mendedahkan jumlahnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini