500 usahawan terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya, belia, orang asli dan asnaf disasar terlibat penghasilan produk menggunakan bahan semula jadi. Selain meningkatkan taraf hidup ia juga mampu memastikan kelestarian alam terjamin.

Sasaran diletakkan Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia sempena ‘Program Back To Nature’ di Pavilion, Bukit Jalil. Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi program yang berlangsung sehingga sehingga 26 Jun itu pengunjung berpeluang belajar teknik mengekstrak warna dan corak daripada tumbuhan untuk dipindahkan keatas fabrik. Turut tersedia demonstrasi, bengkel dan gerai jualan ‘The Tunku Azizah Handmade Market’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini