Seramai 5,000 anggota keluarga perkhidmatan awam digerakkan bagi membantu misi pasca banjir secara berperingkat dan mengikut penggiliran masing-masing. 

Mobilisasi anggota perkhidmatan awam itu juga merupakan inisiatif serta tanggungjawab sosial penjawat awam bersama rakyat selari dengan semangat Keluarga Malaysia.

Menerusi hantaran Facebook Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meninjau sendiri ke Dataran Putrajaya bagi menyantuni para Sukarelawan.

Pada sesi tersebut, beliau turut menyerahkan kit berupa baju dan topi kepada lapan sukarelawan yang mewakili 5,000 Sukarelawan Keluarga Malaysia yang akan terlibat.

Sebanyak 30 buah bas terlibat membawa para sukarelawan perkhidmatan awam dari kementerian-kementerian, jabatan dan agensi ke kawasan-kawasan terjejas banjir yang telah ditetapkan.

Turut bergerak bersama pagi ini, tiga buah bas yang membawa para sukarelawan JPM, jabatan dan agensi ke dua lokasi iaitu di Kuala Selangor dan Bentong, Pahang.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini