Dianggarkan 5,000 penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam terjejas akibat banjir luar biasa yang melanda sejak Jumaat lalu.

Seramai 50 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Selangor terlibat dalam operasi menyelamat penduduk terjejas banjir di kawasan tersebut

Sepuluh bot digunakan bagi membantu proses memindahkan dan membawa keluar penduduk terjejas.

Bantuan makanan dan minuman turut diberikan kepada penduduk yang masih berada di kediaman mereka.

Beberapa agensi dan sukarelawan juga membantu memindahkan penduduk menggunakan bot persendirian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini