Hubungan baik Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu, UAE, terus diperkukuh menerusi sumbangan 500,000 dos vaksin COVID-19 jenis Sinopharm keluaran China.
Perolehan itu, merupakan fasa pertama daripada 1 juta vaksin Sinopharm yang bakal diterima bagi mempergiat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK.
Vaksin Sinopharm keluaran firma farmaseutikal milik kerajaan China, Institut Produk Biologi di Beijing itu, dibawa dengan penerbangan komersial EK 346 pesawat syarikat kebangsaan Emirates dan selamat tiba di KLIA terus dari Dubai kira-kira pukul 2.30 petang.
Ketibaan vaksin Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata sumbangan tersebut bakal membantu mempertingkatkan kadar vaksinasi kearah
Jelas Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar UAE, Nouf Ibrahim Ali Rashed AlKuwaiti, negara tersebut terus komited dalam membantu Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata sumbangan tersebut bakal membantu mempertingkatkan kadar vaksinasi kearah membendung penularan COVID-19.