Bilangan penduduk terjejas banjir di Kota Marudu, Sabah meningkat kepada 504 penduduk setakat pagi ini.

Semua penduduk terjejas membabitkan 167 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata, semua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek.

Terdahulu, hujan berterusan sejak awal pagi semalam menyebabkan enam kampung dinaiki air dan banjir gelombang kedua diisytiharkan di daerah ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini