KKM melaporkan sebanyak 51 kes iaitu 5 peratus daripada 984 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) bagi dos penggalak bersamaan kadar 0.005 laporan bagi setiap 1,000 dos.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia diklasifikasikan sebagai serius setakat 20 Jan 2022.

Sehingga kini sistem pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 24,411 laporan AEFI melibatkan dos penggalak. 

Beliau berkata demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini