Cubaan 52 PATI  masuk ke negara ini berjaya dipatahkan Briged Ketujuh Infantri Malaysia, 7 Briged di Pasir Logok, Kota Tinggi, Johor antara 2.50 pagi hingga 11.40 pagi tadi. Tangkapan melibatkan 44 lelaki dan lapan wanita, berusia 19 hingga 53 tahun.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengesan kehadiran bot laju pukul 2.30 pagi. 22 PATI yang baharu tiba ditahan pukul 2.50 pagi disusuli 26 lagi tangkapan pukul 4 pagi.

Tiga lagi PATI ditahan lima jam kemudian sebelum seorang lagi yang menyembunyikan diri dikawasan berhampiran ditahan 11.40 pagi. Nilai rampasan lebih RM20,000. Semua PATI dibawa menjalani saringan COVID-19 sebelum diserahkan ke jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini