Sekurang-kurang 53 migran maut, semalam, apabila trak dinaiki melanggar tembok dan terbalik di Chiapas yang juga titik transit utama bagi mereka yang mahu ke Amerika Syarikat (AS). Lebih 50 lagi mengalami kecederaan, termasuk tiga parah, menurut laporan awal pejabat pendakwa raya di Chiapas yang terletak bersempadan dengan Guatemala.

Pegawai perlindungan awam pula memberitahu pemberita, migran terbabit didapati berasak-asak di dalam trak berkenaan.

Trak itu dikatakan dipandu dengan laju sebelum hilang kawalan ketika melalui lebuh raya yang menghubungkan bandar Chiapa de Corzo dengan ibu negeri Chiapas, Tuxtla Gutierrez. Pemandu trak berkenaan didakwa melarikan diri dari tempat kejadian sejurus kemalangan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini