Seramai 55 orang diuji positif Covid-19, di atas sebuah kapal persiaran milik Royal Carribean International.

Jangkitan wabak itu dikesan pada penumpang dan anak kapal Odyssey of the Seas, walaupun 95 peratus daripada mereka sudah lengkap divaksin.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kapal itu akan tetap berada di laut sehingga ia berlayar pulang ke Fort Lauderdale, Florida esok.

Menurut laporan, kapal berkenaan membawa 3,587 penumpang dan 1,599 anak kapal. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini