Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan angka kerugian akibat banjir yang dihadapi Wira Agro iaitu pengusaha tanaman cili fertigasi dan usahawan projek Industri Asas Tani (IAT) terus meningkat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II , Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, memaklumkan, berdasarkan laporan yang diterima hampir 5,550 Wira Agro daripada semua subsektor agromakanan telah terkesan akibat banjir dengan anggaran kerugian berjumlah RM67.72 juta.

Di Selangor sahaja mencatatkan kerugian mencecah RM11.88 juta melibatkan seramai 851 Wira Agro dicatatkan.

Beliau terdahulu mengadakan lawatan ke daerah Hulu Langat di tiga lokasi projek Wira Agro terjejas banjir iaitu di Projek Fertigasi Sungai Lui, Pusat Inkubator dan Projek IAT di Dusun Tua, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini