Kira-kira 56% penduduk dunia telah mendapat vaksin lengkap COVID-19. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kadar inokulasi di negara-negara miskin kekal jauh lebih rendah.

Pada sidang medianya di Geneva, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, banyak negara masih bergelut dengan kadar kemasukan ke hospital dan kematian yang tinggi, serta kadar perlindungan vaksin yang rendah.

Hanya 9% daripada penduduk negara berpendapatan rendah telah diberi vaksin sepenuhnya. Beliau memberitahu, pihaknya masih cuba mengatasi kekangan bekalan dan penghantaran yang dihadapinya tahun lepas.

Tambahnya lagi, lebih 1.3 bilion dos vaksin dihantar oleh COVAX tahun lepas dan prospek bekalan untuk tahun ini adalah positif. Tegasnya, satu-satunya jalan keluar daripada pandemik ini adalah untuk mencapai liputan vaksin yang tinggi di semua negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini