58 lagi kes positif COVID-19 disahkan varian Omicron dan menjadikan jumlah kumulatif kes varian meningkat keapda 122 kes di Malaysia.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, 54 kes baharu merupakan jangkitan import dari luar negara manakala empat kes lagi merupakan penularan tempatan.

Kes import tersebut melibatkan 39 kes dari Arab Saudi, Tujuh dari Emiriah Arab Bersatu, Empat dari United Kingdom, Dua dari Nigeria dan masing-masing satu kes dari Kazakhstan dan Perancis.

Manakala, empat kes varian Omicron penularan tempatan dilaporkan di Kedah pada Isnin.

Keempat-empat kes merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 varian Omicron yang pulang dari mengerjakan umrah pada 12 Disember lalu dan disahkan positif varian Omicron pada 24 Disember.

KKM turut memaklumkan, sampel 1,220 daripada 1,774 kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 disember lalu, menunjukkan kemungkinan jangkitan varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini