Sekurang-kurangnya 59 orang maut akibat banjir serta ribut petir di India dan Bangladesh. Banjir adalah ancaman biasa di India dan Bangladesh, tetapi pakar menyatakan, perubahan iklim menyebabkan ketidakpastian cuaca terhadap 1.6 bilion penduduk kedua-dua negara tersebut.

Pihak berkuasa pengurusan bencana di Assam, timur laut India berkata, tiga orang maut akibat tanah runtuh, manakala enam lagi maut dalam banjir.

Di Bihar pula, Menteri Pengurusan Bencana, Renu Devi, berkata banjir kilat yang dicetuskan oleh ribut taufan menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang maut. Banjir buruk yang melanda negeri Assam menyebabkan 5,140 kampung di 33 daerah itu ditenggelami air.

Manakala lebih 100,000 penduduk kampung berada di pusat pemindahan. Ribut monsun juga menyebabkan banjir besar di Bangladesh yang mengakibatkan berjuta-juta penduduk terkandas dan berpuluh-puluh maut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini