Enam keluarga berdepan situasi bahaya dengan risiko kehilangan kediaman mereka akibat hakisan tanah. Kejadian berlaku di Kampung Hulu Spaoh, Betong, Sarawak.

Ia susulan pergerakan yang dikenal pasti di kawasan tebing Sungai Paku yang berlaku malam tadi susulan hujan lebat dan air pasang.

Kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Betong memaklumkan, pihaknya mendapati jarak antara hakisan tanah dengan salah sebuah rumah penduduk terjejas adalah kira-kira tiga meter.

Penduduk di kawasan terlibat diminta sentiasa berwaspada kerana dibimbangi boleh berlaku runtuhan tanah pada bila-bila masa.

Penduduk dinasihatkan agar menutup kawasan tebingan dengan kanvas sebagai langkah awal melambatkan hakisan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini