Enam kes positif COVID-19 dikesan dalam ujian saringan yang dilakukan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, semalam.

Daripada jumlah tersebut, empat kes dikenal pasti daripada ketibaan baharu peserta temasya dan dua kes pula melibatkan petugas.

Empat kes terbabit merupakan sebahagian daripada 529 ketibaan berkaitan Olimpik di lapangan terbang pada 23 Januari lalu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang rasmi temasya tersebut memaklumkan, ini termasuk satu kes melibatkan atlet atau pegawai pasukan.

Sebelum ini, semua dua juta penduduk kawasan yang merekodkan kluster COVID-19 akan disaring.

Ia dilakukan kurang dua minggu sebelum temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk itu bermula.

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas perkhidmatan pos China mengarahkan petugas melakukan sanitasi penghantaran antarabangsa.

Tindakan diambil selepas pihak berkuasa mendakwa mel boleh menjadi punca kes COVID-19, baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini