6 lelaki tempatan ditahan kerana memandu dibawah pengaruh alkohol, menerusi Ops Selamat 17 Dan Ops Ambang Tahun Baharu Cina di dua lokasi sekatan jalan raya, di Johor Bahru, Johor malam tadi.

Ketua polis Daerah, Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, 126 individu dan 97 kenderaan diperiksa, sepanjang operasi bermula 8 malam itu.
 
Turut dikeluarkan, 46 saman POL. 257 atas pelbagai kesalahan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020.
 
Operasi malam tadi  melibatkan 11 pegawai kanan dan 52 anggota, yang turut melakukan rondaan bermotosikal bagi mengatasi masalah jenayah pecah rumah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini