Seramai 28 penduduk dari 6 buah rumah di Kampung Opar di Bau dipindahkan ke Balai Raya Kampung Opar selepas rumah mereka rosak dilanda ribut 6.00 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Opar Billy Sujang telah pun ke lokasi pagi ini melihat keadaan untuk tindakan lanjut yang melibat 16 buah rumah dari 90 penduduk.

Bantuan awal wang tunai berjumlah RM9,000 telah disalurkan untuk kerja-kerja baik pulih sementara menunggu bantuan tambahan untuk setiap rumah yang terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini