Inisiatif Ops Bantu Hingga Selesai- BAHIS anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi membantu rakyat yang terkesan akibat banjir turut mendapat sokongan enam syarikat telekomunikasi negara ini.

Syarikat tersebut adalah TM, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan TIME.

Menerusi projek itu, syarikat telekomunikasi telah menggerakkan sukarelawan daripada organisasi masing-masing bagi membantu kerja pembersihan dan sokongan lain di kediaman yang terjejas teruk akibat banjir.

Kawasan yang terlibat adalah Taman Sri Muda (Shah Alam), Bukit Changgung (Sepang) dan Taman Sri Nanding (Hulu Langat) selama lima hari bermula 29 Disember lepas.

Menerusi kenyataan bersama; enam syarikat telekomunikasi tersebut turut menzahirkan komitmen untuk terus beri sokongan kepada rakyat di beberapa negeri yang dilanda banjir.

Secara kolektifnya, industri telah memperuntukkan lebih daripada 25 juta ringgit bagi menyokong usaha bantuan banjir, termasuk memulihkan 99 peratus daripada perkhidmatan dan baik pulih rangkaian mudah alih di semua kawasan yang terjejas banjir.

Pada masa sama, syarikat telekomunikasi juga menghulurkan bantuan kepada anggota mereka yang terkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini