60 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri di Jalan Padang Behor, Kangar, awal pagi tadi.

250 kenderaan diperiksa.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, tindakan saman dikenakan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi melibatkan kekuatan 15 anggota.

Penguatkuasaan bersepadu ini dilaksanakan bagi meningkatkan budaya pematuhan peraturan lalu lintas di kalangan pemandu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini