60 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia disasarkan di kawasan parlimen seluruh negara, tahun ini.

Langkah berkenaan bagi melancarkan proses pengosongan kediaman ketika bencana, terutama kawasan – kawasan dilanda banjir.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas – Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, sehingga kini, 162 parlimen telah mempunyai CDERT, dengan 5,900 sukarelawan.

Dijangka semua 222 parlimen mempunyai pasukan tersebut, menjelang pertengahan tahun depan.
 
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Penubuhan CDERT Keluarga Malaysia Parlimen Mersing di Politeknik Mersing.

Dalam pada itu, sehingga kini, 594 sukarelawan CDERT bersiap sedia untuk digerakkan ketika bencana, di 12 Parlimen di Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini