Usaha mengesan 60 pelarian etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Sementara di Sungai Bakap, Kedah, bulan lalu sedang giat dijalankan.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kerjasama Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi mengenal pasti lokasi tahanan berkenaan.

Tambahnya kebanyakan pelarian yang lari dari pusat tahanan itu sebelum ini ditangkap di beberapa kawasan di Selangor dan Perak.
 
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini