Lebih 600 pekerja syarikat Google menandatangani manifesto meminta majikan  menarik balik arahan mewajibkan vaksinasi COVID-19 .

Manifesto yang ditandatangani itu menggesa ketua syarikat mengemukakan arahan baharu berhubung vaksin, merangkumi semua pekerja.

Manifesto itu juga meminta pekerja untuk menentang arahan vaksinasi itu sebagai prinsip dan menekankan bahawa arahan itu tidak boleh mengubah keputusan mereka untuk tidak mendapatkan vaksin COVID-19.

Dalam respons kepada bantahan itu, Google menegaskan kekal dengan pendirian keperluan vaksinasi adalah satu yang penting untuk memastikan keselamatan petugas dan perkhidmatan terus lancar.

Kakitangan Google dijadual kembali bekerja di pejabat untuk tiga hari seminggu bermula 10 Januari tahun hadapan.

Pada 4 November lalu, pentadbiran Presiden Joe Biden berkata, syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja harus memastikan setiap pekerja  lengkap divaksin atau negatif ujian COVID-19.

Sebagai respons kepada arahan itu, Google meminta lebih 150,000 pekerjanya memuat naik status vaksinasi mereka di portal syarikat.

Syarikat itu juga mengarahkan pekerjanya yang mempunyai tugasan dengan pihak kerajaan perlu mendapatkan vaksin walaupun tidak datang ke pejabat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini