Unjuran 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia bagi tahun 2022, bukanlah hanya janji kosong
sebaliknya ia adalah relevan berdasarkan keadaan semasa.
 
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan beberapa penanda aras, antaranya pembukaan semula aktiviti perniagaan dan sempadan negeri serta perkembangan kadar ekonomi negara. Menurut beliau, setakat September lalu sebanyak 400 ribu peluang pekerjaan telah
ditawarkan, berbanding 500,000 yang disasarkan bagi tahun ini.

Malah beliau optimis, unjuran itu mampu dicapai menjelang penghujung tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini