Empat bagi setiap 1,000 bayi yang disaring mengalami masalah pendengaran kekal. Data tersebut berpandukan kepada 62% bayi yang telah menjalani Saringan Pendengaran Universal Neonatal (UNHS).

Tambah beliau, KKM telah melaksanakan Program Implan Koklea Kebangsaan sebagai langkah membantu individu yang mengalami masalah pendengaran kekal sejak 2008.

Seramai 537 individu dewasa dan kanak-kanak telah menjalani pembedahan implan koklea di 10 hospital satelit implan koklea KKM.

Khairy Jamaluddin berucap pada perasmian Majlis Hari Pendengaran Sedunia di Serdang. Untuk rekod, terdapat 44 buah hospital Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan Program Saringan Neonatal setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini