Menteri Kesihatan, Khairy Jamalauddin memaklumkan bahawa Institute Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 15 sehingga 21 Disember 2021.

Daripada jumlah ini, 60 sampel menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron. 

Pada 24 Disember 2021, 45 daripada 60 sampel presumptive ini telah disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR.

Sementara itu, Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengesan sebanyak 4 kes varian Omicron. 

Dengan keputusan terbaru ini, jumlah kumulatif kes yang dikesan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak 62 kes. 

Dari jumlah ini, 61 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala satu 1 kes lagi

masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan merupakan jangkitan tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini