Sejumlah 64,082 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 471,689.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22.4 juta atau 95.7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi COVID-19 setakat malam tadi.

Manakala sejumlah 97.8 peratus atau 22.8 juta individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 114,573 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 42,306 suntikan dos lengkap dan 8,185 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50.4 juta.

Setakat semalam sebanyak 2.1 juta atau 69.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 83.3 peratus atau 2.6 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini