Projek membangunkan 67 lagi menara komunikasi baharu di seluruh Kelantan akan dimulakan dengan kadar segera. Langkah berkenaan bagi memberi kemudahan akses jalur lebar kepada penduduk di negeri itu khususnya di kawasan luar bandar dan perkampungan orang asli.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa berkata, ke arah itu bermula bulan ini pembinaan menara di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 itu melibatkan pemasangan 408 peralatan 4G yang bakal memanfaatkan lebih 33,000 pemilik premis. Ini termasuk pemasangan 18 jalur lebar satelit di Gua Musang (Hulu Kelantan) agar seluruh rakyat mendapat akses internet berkualiti.

Beliau ditemui selepas mengadakan Perjumpaan Khas bersama Ahli Jawatankuasa Penyelaras KKMM Negeri Kelantan di Wisma Persekutuan, Kota Bharu. Jelas Tan Sri Anuar, sehingga Ogos lalu, sebanyak 24 menara komunikasi telah siap di bina di bawah Fasa 1 JENDELA sekaligus memanfaatkan 21,867 pengguna di negeri ini.

Beliau mengakui, projek menyediakan kemudahan internet pantas ini memerlukan peruntukan besar dan dalam hal demikian, pihaknya akan menggunakan sepenuhnya dana Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang memberi tumpuan di kawasan luar bandar sekaligus mengurangkan jurang digital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini