Projek membangunkan 67 lagi menara komunikasi baharu di seluruh Kelantan akan dimulakan dengan segera.

Langkah berkenaan bagi memberi kemudahan akses jalur lebar kepada penduduk di negeri itu khususnya di kawasan luar bandar dan perkampungan orang asli.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa berkata, ke arah itu bermula bulan ini pembinaan menara di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 itu melibatkan pemasangan 408 peralatan 4G yang bakal memanfaatkan lebih 33,000 pemilik premis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini