Sidang Dun Johor turut diberi maklum, bermula Januari lepas hingga kini 68,120 Orang Kurang Upaya, OKU telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Negeri.
 
JKM negeri turut meningkatkan pendaftaran OKU agar bantuan dapat disalurkan sekaligus memperkasa golongan berkenaan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Zaiton Ismail berkata, promosi dan kempen turut diperluas JKM tahun depan bagi mengggalakan pendaftaran anak-anak OKU. 
 
Jabatan Pembangunan OKU, JKM Putrajaya dan Johor juga sedang menambah baik Garis Panduan Pengoperasian bagi memantapkan Pengurusan Program Pemulihan
Dalam Komuniti( PDK).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini