Lebih 5,600 penduduk diarah berpindah dari kediaman mereka berikutan hujan lebat serta banjir di timur laut dan tenggara Brazil.

Selatan Bahia antara wilayah yang musnah teruk dengan keseluruhan kira-kira 70,000 penduduk terjejas, tujuh maut dan 175 cedera.

Gabenor Bahia mengisytiharkan situasi kecemasan di sekurang-kurangnya di 30 bandar.

Pasukan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan sukarelawan dikerah untuk menyelamatkan mangsa terperangkap selepas hujan serta membantu pengagihan makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini