7 Pendatang Asing Tanpa Izin PATI warga Myanmar ditahan ketika cuba menyeludup masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia 2 Divisyen dalam kenyataannya berkata pihaknya mengesan kelibat mereka dalam keadaan mencurigakan memasuki negara melalui pagar sempadan sebelum menyelusup di kawasan semak berhampiran jalan raya.

Hasil pemeriksaan mendapati PATI berusia 28 hingga 54 tahun terdiri daripada 5 lelaki dan 2 wanita itu memasuki negara dengan merosakkan pagar sempadan dan kesemuanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
 
Turut dirampas 7 buah telefon bimbit dan wang tunai dalam matawang Thailand dan Myanmar dengan anggaran nilai RM4,200.
 
Mereka kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini