7 pendaki yang dilaporkan sesat di Gunung Hitam, Hulu Langat, berjaya ditemui pasukan bomba dan penyelamat kira-kira 1.51 minit pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia 18 tahun disahkan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Zon 4 Hulu Langat, Penguasa Kanan Bomba I, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.15 minit petang semalam dan segera mengarahkan 36 anggota penyelamat ke lokasi kejadian.

Beliau ditemui ketika operasi menyelamatkan mangsa di Hulu Langat.

Dalam pada itu, Shahrin turut menasihatkan para pendaki mahupun individu yang ingin melakukan aktiviti lasak supaya berhati-hati serta mendapatkan maklumat terutama ketika  keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini