Tujuh daripada 14 warga Filipina yang meloloskan diri daripada Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, Papar, Sabah, berjaya ditahan semula. Kesemua tahanan yang berusia lingkungan antara 23 hingga 43 tahun itu telah melarikan diri dalam kejadian sekitar jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit memaklumkan perkara itu dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar. Beliau meminta orang ramai untuk mengenalpasti suspek yang masih lolos dan laporkan kepada balai polis terdekat, jika terdapat sebarang maklumat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini