Lebih 70 maut akibat puting beliung yang melanda barat Kentucky di Amerika Syarikat. Presiden Joe Biden menyifatkan kerosakan akibat ribut taufan yang melanda Amerika Syarikat itu sebagai yang terburuk dalam sejarah negara tersebut.

Gabenor Kentucky, Andy Beshear, berkata angka korban di barat Kentucky mungkin melebihi 50 orang berikutan pekerja mencari dan menyelamat  masih bertungkus lumus menyelamatkan mangsa. Angka korban itu mungkin mencecah 100 orang membabitkan lima negeri.

110 orang dilaporkan berada dalam sebuah kilang di Mayfield ketika puting beliung melanda dan puluhan kakitangan dikhuatiri maut. Puting beliung juga memusnahkan gudang besar Amazon di Illinois , di mana media tempatan melaporkan sekitar 100 pekerja terperangkap

Pasukan SAR masih meneruskan kerja mencari di bangunan yang 75 peratus musnah itu. Puting beliung melanda secara berterusan dengan kelajuan sehingga 320 kilometer sejam disusuli sekurang-kurangnya empat puting beliung lagi.

Berikutan itu, 20,000 penduduk di Kentucky mengalami bekalan elektrik. Gabenor Kentucky turut mengisytiharkan darurat dan memohon bantuan pasukan Pengawal Persekutuan untuk membantu mangsa puting beliung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini