Perbuatan sekumpulan remaja menunggang motorsikal tanpa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya mengundang padah.

70 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Alor Nan, Pendang, Kedah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah dalam kenyataan memaklumkan, operasi dilakukan selepas mendapat aduan orang awam berkaitan aktiviti menunggang motorsikal secara merbahaya di kawasan berkenaan.
 
Dalam operasi selama tiga jam berakhir pukul 8 malam, 50 motosikal melibatkan 60 penunggang dan pembonceng yang majoritinya golongan remaja dan pelajar sekolah, diperiksa.
 
Antara kesalahan yang dilakukan adalah, tiada lesen memandu, menunggang motosikal bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.
 
Selain itu, kesalahan tidak memakai topi keledar, ubahsuai kenderaan, aksesori tidak sempurna dan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan. 
 
Sebuah motosikal turut disita dan dibawa ke Balai Trafik IPD Pendang untuk siasatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini