Misi bantuan pasca banjir terus dipergiat pelbagai pihak ke lokasi-lokasi terjejas.

Selain membantu operasi pembersihan sumbangan barangan keperluan juga disalur kepada penduduk terjejas. 

70 sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan, AADK Perlis menyertai misi bantuan pascabanjir ke Bera, Pahang.

Misi turut mendapat kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sukarelawan Antidadah Perlis serta Daerah Bera, Skuad Sayang dan Sukarelawan Parlimen Bera.

Pengarah AADK Perlis, Khairul Anwar Ahmad memaklumkan operasi kali ini memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah terjejas, iaitu  Sekolah Kebangsaan Durian Tawar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak Bera.

AADK sentiasa komited membantu masyarakat termasuk ketika bencana dan kecemasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini