Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO menjangkakan 700,000 individu meninggal dunia dalam tempoh beberapa bulan akan datang akibat penularan COVID-19 di seluruh Eropah.

Justeru, WHO mengesyorkan beberapa negara di Eropah mengenakan semula sekatan pergerakan yang ketat.

Jika trend penularan berterusan , WHO menjangkakan jumlah kematian di Eropah boleh mencecah 2.2 juta pada musim sejuk ini.

Badan kesihatan dunia itu dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat daripada 1.5 juta ketika ini.

Peningkatan jumlah jangkitan di Eropah dipacu oleh penularan varian Delta, perlindungan vaksin dan kelonggaran langkah penjarakan fizikal.

Di Poland dan Perancis, kes Covid-19 turut menunjukkan peningkatan.

Manakala Britain pula sudah memperluaskan sekatan dan Sepanyol melanjutkan sekatan pergerakan di Madrid .

Berdasarkan data WHO, kematian melibatkan COVID-19 meningkat minggu lalu kepada hampir 4,200 sehari, dua kali ganda daripada 2,100 kematian sehari pada akhir September lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini