10 peratus daripada 7,005 masjid di seluruh negara, disasar menubuhkan koperasi pada tahun depan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata masjid berpotensi menghidupkan suasana keusahawanan.

Ini sekali gus mengembalikan fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga pusat pembangunan ekonomi setempat.

Sehingga kini, hanya tujuh peratus masjid di seluruh negara yang mempunyai koperasi dan dilihat berjaya mewujudkan suasana perniagaan sehingga berupaya meningkatkan ekonomi dalam kawasan kariah mereka.

Konsep koperasi ini juga menggambarkan suasana gotong-royong yang bekerjasama seperti satu keluarga sekali gus merapatkan hubungan silaturahim sesama kariah. Jelasnya selepas merasmikan Program Transformasi AsnafPreneur (TAP).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini