708 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terjejas akibat bencana banjir di tujuh sekolah di Jajahan Pasir Mas akan menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada sidang kedua, April depan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sekolah-sekolah terbabit tidak dapat digunakan sebagai pusat peperiksaan kerana digenangi air hingga menyebabkan calon-calon dan pegawai peperiksaan tidak dapat masuk ke kawasan sekolah.

Sekolah terlibat ialah SMK Rantau Panjang, SMK Gual Periok, SMK Baroh Pial, Maahad Muhammadi Rantau Panjang, SMK Meranti, SMU (A) Al Falah dan
juga SMU (A) Khairiah, Banggol Setol.

Menurut beliau, sekiranya keadaan kembali pulih, calon-calon akan menduduki kertas seterusnya Isnin depan.

Pendekatan sama juga diguna bagi calon yang dikuarantin akibat COVID-19.

Berbeza di Terengganu jelas beliau, kesemua calon akan menduduki peperiksaan seperti biasa esok dan mereka yang terkesan banjir telahpun dipindahkan ke pusat peperiksaan alternaf.

Mengulas lanjut, Datuk Dr Radzi turut meminta calon-calon yang menghadapi kesukaran untuk ke kawasan sekolah atau hadir ke pusat peperiksaan supaya menghubungi guru kelas, setiausaha peperiksaan sekolah atau pengetua.

Calon terkesan banjir turut dibenarkan hadir ke pusat peperiksaan tanpa memakai uniform sekolah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini