71 kes membabitkan varian Omicron dikesan di Singapura setakat semalam.

65 daripadanya merupakan kes import dan enam lagi jangkitan tempatan.

Perkara itu diumum  Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menerusi satu kenyataan.

Menurut MOH, satu kluster melibatkan tiga kes COVID-19 yang dikaitkan dengan pusat kecergasan juga telah dikesan pada Isnin.

Dua kes diuji positif untuk varian itu manakala hasil ujian kes selebihnya belum selesai.

Mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Ketika ini usaha pengesanan kontak giat dijalankan.

Mereka yang dikenal pasti akan dikuarantin dan sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat semalam negara seberang tambak itu merekodkan 276,105 kes COVID-19 dengan 815 kematian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini