Seramai 71 orang pelajar sekolah rendah dan menengah masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka.

Manakala sekolah yang masih dijadikan PPS ialah SMK Sungai Rambai, SK Parit Penghulu dan SK Seri Mendapat di Daerah Jasin.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri, Datuk Rais Yasin, pelajar yang ditempatkan di PPS diharap dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Beliau meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek, Cheng.
 
Pihaknya sedang mengenal pasti pelajar yang kehilangan buku teks akibat bencana banjir dan akan diberikan buku teks baharu dalam kadar segera.
 
Dalam pada itu, seramai 85,136 pelajar sekolah rendah dan 65,219 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan di Melaka hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini