71 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya dikesan positif COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan twitter memaklumkan, kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.

Kesemua pelajar berada dalam kategori 1 dan 2A, stabil.

Manakala 242 individu yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini